Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
(2:184)
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
(2:185)
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.
Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
(Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.
(2:186)
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdo'a apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(2:187)
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamupun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi ma'af kepadamu.
Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.
Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri'tikaf dalam mesjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya
Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, (2:18...
Muat turun Panduan Solat Terawih Download Panduan Solat Tarawih - Jakim
Panduan Solat Terawih
Muat turun Panduan Solat Terawih
Download Panduan Solat Tarawih - Jakim
PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan ...
PUASA ialah menahan diri
PUASA ialah menahan diri daripada segala yang membatalkannya sepanjang hari, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari disertakan dengan niat.
Ia diwajibkan kepada umat Islam pada Ramadan.
Ia difardukan atas umat Islam pada bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Puasa Ramadan ialah satu daripada rukun Islam yang lima, sebagaimana ditegaskan al-Quran dan hadis, (maksudnya):
“Dari Ibn Umar, r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Islam itu dibina dan ditegakkan di atas lima dasar (lima rukun), iaitu mengucap dua kalimah syahadah (dengan menyakini serta menerangkan kebenaran) bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadan dan mengerjakan haji ke Baitullah". (Hadis Sahih Riwayat Muslim)
Puasa Ramadan wajib ditunaikan bagi orang Islam yang mencukupi syaratnya, dengan menahan diri daripada makan minum serta hubungan seksual, malah semua perkara yang boleh membatalkannya sebagai satu amal ibadat kepada Allah s.w.t.
Ibadat itu mampu merapatkan jurang perbezaan di kalangan manusia terutama antara si kaya dan miskin kerana sama-sama berlapar dan menahan dahaga.
Malah, ia menyumbang kepada kesihatan akal dan jasmani seseorang, melatih diri bersabar, menahan kehendak nafsu dan melahirkan sifat lemah-lembut, tolak ansur, belas kasihan dan prihatin terhadap sesama manusia.
Ditinjau dari sudut sejarah, puasa bukan saja dilakukan umat Islam, tetapi turut diamalkan generasi terdahulu.
Al-Quran ada menegaskan, maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa.” (al-Baqarah: 183)
Nabi Adam dan Hawa manusia pertama berpuasa untuk membersihkan diri daripada keterlanjuran kerana memakan buah khuldi yang menjadi larangan Allah ketika mereka di syurga.
Bahkan, Nabi Adam diperintahkan tidak memakan buah khuldi, ditafsirkan ulama sebagai suatu bentuk puasa pada masa itu. “Dan Kami berfirman: Wahai Adam, diamilah kamu dan isterimu syurga ini dan makanlah makanan yang banyak lagi baik di mana saja kamu suka dan janganlah kamu dekati pohon ini yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.” (al-Baqarah: 35)
Nabi Idris, iaitu keturunan keenam Nabi Adam, memberikan beberapa nasihat, antaranya ialah kesabaran yang disertai iman kepada Allah membawa kemenangan, orang yang bahagia adalah orang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Allah dengan amal solehnya dan apabila memohon sesuatu kepada Allah, berdoa dengan mengikhlaskan niat termasuk dengan solat dan puasa.
Putera Nabi Ayub, iaitu Nabi Zulkifli sanggup menerima amanah raja untuk berpuasa pada waktu siang dan beribadat pada malamnya serta sanggup bersabar.
Nabi Musa bersama kaumnya berpuasa selama 40 hari. Dalam surah Maryam, dinyatakan Nabi Zakaria dan Maryam sering mengamalkan puasa.
Nabi Daud pula berpuasa secara selang-seli, iaitu berpuasa secara selang sehari dan puasa baginda diibaratkan Allah sebagai puasa yang amat mulia.
Perkara ini dinyatakan Nabi Muhammad s.a.w melalui sabdanya yang bermaksud: “Puasa yang amat dikasihi Allah adalah puasa Nabi Daud yang berpuasa sehari dan berbuka sehari.”
Nabi lain yang dikatakan turut berpuasa ialah Nabi Daniel, Nabi Musa, Nabi Isa dan golongan penyokongnya yang dikenali sebagai al-Hawariyun.
Nabi Musa ketika bermunajat kepada Allah di Bukit Tursina selama 40 hari 40 malam, berpuasa daripada memakan roti dan meminum air. Selepas diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan tenteranya, Nabi Musa juga berpuasa bersama kaum Bani Israel.
Nabi Isa diriwayatkan pernah berpuasa selama 40 hari, manakala di kalangan penyokongnya iaitu al-Hawariyun, mereka berpuasa daripada makan daging, ikan, telur dan susu.
Begitupun, cara puasa generasi terdahulu tidak dinyatakan secara jelas dan terperinci baik melalui wahyu Allah atau pernyataan daripada Nabi mahupun ulama melalui penulisan mereka.
Saidatina Aisyah r.a menceritakan, seperti yang diriwayatkan Hisyam bin 'Urwah, bahawa orang Quraisy Arab selalu menjalankan puasa pada bulan Asyura walaupun untuk sehari.
Namun sejak Allah melantik Muhammad sebagai rasul-Nya, puasa dilaksanakan pada Ramadan, manakala puasa pada bulan 'Asyura masih disyariatkan tetapi berada dalam status sunat.
Nabi Muhammad s.a.w sendiri sebelum diangkat menjadi rasul mengamalkan puasa tiga hari setiap bulan dan turut mengamalkan puasa Asyura (10 Muharram).
Berpuasa pada 10 Muharam sebenarnya turut menjadi amalan orang Yahudi dan Nasrani di Madinah. Amalan berpuasa pada hari itu terus menjadi amalan Rasulullah selepas hijrah Baginda ke Madinah hingga turun ayat kewajipan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah.
Orang Yahudi di Madinah mewarisi amalan puasa daripada Nabi Musa yang diriwayatkan berpuasa bersama-sama kaumnya selepas mereka diselamatkan Allah daripada buruan Firaun dan bala tenteranya.
Syeikh Muhammad Ali as-Sabuni dalam kitabnya Tafsir Ayat-Ayat Hukum menjelaskan puasa yang difardukan kepada orang Yahudi dan Nasrani juga sebulan, tetapi mereka sengaja menukar waktu dan bilangan harinya yang sepatutnya dilakukan selama sebulan itu hingga menjangkau 50 hari.
Ini kerana ahli kitab kadangkala meminda jumlah hari puasa ketika musim panas atau sejuk dengan alasan terlalu sejuk dan panas, lalu mereka menukar puasa itu pada musim bunga.
Sesetengah ulama mengatakan, puasa pertama kali disyariatkan pada zaman Nabi Nuh a.s dan tetap dilaksanakan sehingga zaman Muhammad. Malah, Ibnu Katsir dalam tafsirnya mengatakan, sejak Nabi Nuh hingga Nabi Isa, puasa diwajibkan selama tiga hari pada setiap bulan.
Tetapi penulis kitab Tafsir Ruh-l-Ma'ani, Syihabuddin al-Alusi , berhujah dengan berdasar hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abdullah bin 'Umar lebih percaya puasa Ramadan disyariatkan sejak Adam a.s. Al-Zamakhsari melalui kajiannya juga menegaskan puasa amal ibadah yang sudah lama.
Melihat kepada hadis diriwayatkan Abdullah bin Umar dan beberapa faktor lain seperti proses penurunan syariat yang tidak diawali sebab tertentu serta beberapa hal lain, jelas menunjukkan puasa pada Ramadan memang disyariatkan kepada manusia sejak sekian lama tetapi diselewengkan umat terdahulu.
Ini boleh diterima kerana kerasulan Nabi Muhammad s.a.w untuk membimbing manusia kepada jalan Allah, meluruskan dan memperkuat kembali syariat yang diturunkan-Nya selepas golongan sesat dan perosak menyelewengkan ajaran terbabit sehingga menimbulkan kekeliruan.
Apabila mengetahui puasa juga ibadat generasi terdahulu, sewajarnya umat Islam tidak berasa ibadat itu sesuatu yang membebankan kerana jika orang dahulu boleh berpuasa, mengapa tidak kita hari ini?

Firman Allah “ Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supa...
Amalan puasa
Firman Allah “Wahai orang-orang yang percaya, dituliskan bagi kamu berpuasa sebagaimana dituliskan bagi orang-orang yang sebelum kamu, supaya kamu bertakwa (takut kepada Tuhan)” (2:183).
Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.
Orang Greek dikatakan mengetahui mengenai puasa daripada orang Mesir purba. Mereka berpuasa sejurus sebelum mereka pergi berperang. Orang Rome yang mengikuti jejak langkah orang Greek juga berpuasa, terutamanya apabila diserang oleh musuh, untuk memperoleh kemenangan. Mereka percaya amalan puasa menguatkan mereka dan mengajar mereka kesabaran dan ketahanan, iaitu dua nilai yang diperlukan untuk kejayaan dalam perjuangan melawan nafsu batin mahupun musuh yang lahir.
Amalan puasa bagi mereka yang menempuh masa dugaan dan kesengsaraan juga dilakukan oleh orang Cina purba, sementara amalan itu, dalam kebanyakan agama yang terawal, hanya bertujuan supaya tuhan-tuhan berbudi baik atau untuk menambahkan bekalan makanan mereka.
Lain pula dengan kepercayaan Hellensitik purba. Tuhan-tuhan mereka dipercayai menyampaikan wahyu dalam mimpi dan visi hanya selepas berpuasa dengan penuh ikhlas.
Seperti itulah orang dayak di Amerika Utara yang mengamalkan puasa sebelum atau sedang dalam ikhtiar mendapatkan visi. Golongan syaman (orang alim yang dikatakan mempunyai kuasa untuk menyembuhkan penyakit dan berhubung secara psikik), di kalangan orang Evenk atau dulu dipanggil Tungus dari Siberia, lazimnya menerima visi yang awal bukan dengan sesuatu ikhtiar tetapi setelah jatuh sakit yang tidak dapat diterangkan; namun, selepas visi awal itu mereka berpuasa dan melatih diri untuk melihat visi yang selanjutnya dan untuk mengawal roh.
Puasa juga dilakukan kerana sesuatu sambutan yang dianggap suci. Golongan paderi di kalangan kaum dayak Pueblo di barat-daya Amerika berpuasa semasa mereka menyendiri sebelum upacara utama yang berkaitan dengan pertukaran musim.
Di negeri Cina, mereka lazimnya berpuasa pada suatu jangka masa yang ditentukan sebelum melakukan sesuatu pengorbanan pada malam solstis musim sejuk iaitu ketika kuasa Yang (kuasa positif) dipercayai memulakan kitaran barunya. Amalan in telah diberhentikan pada tahun 1949.
Puasa dalam sesetengah agama dilakukan semasa berkabung setelah berlaku kematian ahli keluarga umpamanya. Dalam yang lain, manusia percaya puasa dapat menghilangkan perasaan kebendaan dalam jiwa mereka serta melahirkan keadaan rohaniah yang tenang dan gembira.
Dalam anutan Jain, berpuasa menurut cara-cara tertentu serta melakukan meditasi tertentu akan membawa kepada keadaan bersawai, atau menurun, yang membolehkan individu memisahkan diri daripada dunia dan sampai ke tahap transendent. Judaisme juga sependapat iaitu amalan puasa boleh menyebabkan keadaan bersawai yang melaluinya wahyu akan diterima.
Adat Mesir dan Babylon purba menganggap amalan puasa sebagai satu cara untuk menebus dosa berserta tindakan lain yang menunjukkan kesedihan atas salah laku. Ini kemudiannya diikuti oleh bangsa-bangsa lain yang menyifatkan puasa sebagai satu cara untuk menebus kesilapan dan dosa, lantas menghindarkan mereka daripada kemurkaan tuhan-tuhan.
Beberapa puak di Peru sebelum zaman Columbus juga menganggap puasa sebagai satu daripada syarat untuk menebus dosa setelah individu membuat pengakuan di hadapan paderi. Dalam banyak kebudayaan amalan itu difikirkan sebagai suatu cara untuk meredakan kemarahan dewa atau sebagai suatu usaha yang boleh menolong untuk menghidupkan semula dewa yang sudah mati, seperti dewa tanaman.
Di dalam al-Quran puasa turut disebut sebagai satu daripada cara untuk menebus kesalahan. Pertama, kesalahan yang berkaitan dengan ibadah haji. Terdapat 2 ayat mengenainya:
1. “Sempurnakanlah Haji dan umrah kerana Allah; tetapi jika kamu dihalangi, maka pemberian yang mudah didapati, dan jangan mencukur kepala kamu sehingga pemberian itu sampai di tempat korban. Jika sesiapa antara kamu sakit, atau ada gangguan di kepalanya, ditebus dengan berpuasa, atau bersedekah, atau berkorban. Apabila kamu berasa aman, sesiapa yang menikmati umrah sehingga Haji, maka hendaklah pemberiannya daripada yang mudah didapati, atau jika dia tidak mendapati sesuatu, maka berpuasalah tiga hari dalam Haji, dan tujuh apabila kamu kembali. Itulah sepuluh, genap; demikian itu adalah bagi orang yang keluarganya tidak hadir di Masjidil Haram. Dan takutilah Allah, dan ketahuilah bahawa Allah keras dalam pembalasan sewajarnya” (2:196).
2. “Wahai orang-orang yang percaya, janganlah membunuh binatang buruan sedang kamu dalam haram (ihram); sesiapa antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, akan ada balasannya dengan yang serupa apa yang dia telah bunuh, daripada binatang ternak, yang dihakimkan dua orang yang adil antara kamu, sebagai pemberian yang dibawa ke Kaabah; atau penebusan - memberi makan orang-orang miskin, atau yang sama dengan itu dalam puasa, supaya dia merasai keburukan daripada pekerjaannya.” (5:95).
Kedua, dalam kes pembunuhan. Firman-Nya:
“Tiadalah bagi seorang mukmin untuk membunuh seorang mukmin melainkan dengan tersilap, dan sesiapa membunuh seorang mukmin dengan tersilap, maka hendaklah dia memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, kecuali mereka menyedekahkannya. Jika dia daripada kaum yang bermusuhan dengan kamu, dan dia seorang mukmin, maka pembunuh hendaklah memerdekakan seorang hamba yang mukmin, dan jika dia daripada kaum yang berhubungan dengan kamu dengan perjanjian, maka ganti rugi hendaklah dibayar kepada keluarganya, dan pembunuh akan memerdekakan seorang hamba yang mukmin; jika dia tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut - taubat Allah; Allah adalah Mengetahui, Bijaksana” (4:92).
Ketiga, untuk menebus sumpah yang tidak disempurnakan. Firman-Nya:
“Allah tidak mempertanggungjawabkan kamu kerana sumpah kamu yang tidak sengaja, tetapi Dia mempertanggungjawabkan kerana ikatan yang kamu buat dengan sumpah-sumpah itu. Penebusannya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dengan makanan yang biasa kamu memberikan keluarga kamu, atau memberi pakaian mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Jika sesiapa tidak mendapatkannya, hendaklah dia berpuasa tiga hari. Itulah penebusan bagi sumpah-sumpah kamu apabila kamu bersumpah; jagalah sumpah-sumpah kamu. Begitulah Allah memperjelaskan kepada kamu ayat-ayat-Nya supaya kamu berterima kasih” (5:89).
Keempat dan terakhir, kerana menzihar isteri atau mengatakan kepada isteri "Kamu, kepadaku, adalah seperti punggung ibuku!" Firman-Nya:
“Dan orang-orang yang menzihar isteri-isteri mereka, kemudian mereka menarik kembali apa yang mereka telah mengatakan, mereka akan memerdekakan seorang hamba sebelum keduanya menyentuh satu sama lain .…. Tetapi sesiapa yang tidak mendapatkannya, maka hendaklah dia berpuasa dua bulan berturut-turut sebelum keduanya menyentuh satu sama lain. Dan jika sesiapa yang tidak boleh, maka hendaklah dia memberi makan enam puluh orang miskin - itu, supaya kamu mempercayai Allah dan rasul-Nya. Itulah hudud (had-had) Allah; dan bagi orang-orang yang tidak percaya, azab yang pedih” (58:3-4).
Antara agama-agama Barat seperti Judaisme, Kristian dan Islam, hanya Zoroastrianisme mengharamkan puasa kerana percaya bahawa amalan yang zahid itu tidak akan membantu untuk mengukuhkan orang yang taat dalam perjuangan mereka melawan syaitan.
Walaupun puasa secara formal tidak dititikberatkan dalam Perjanjian Baru (New Testament) daripada kitab Bible (bukan Injil), ia akhirnya menjadi amalan zahid penghuni padang pasir dan biarawan lelaki dan perempuan yang melihatnya sebagai suatu langkah yang perlu untuk membebaskan jiwa daripada keinginan dan ikatan duniawi.
Namun, secara beransur-ansur lahirlah amalan puasa yang bermusim dalam tradisi agama Kristian, seperti tempoh Lent, iaitu 40 hari sebelum Easter untuk insaf, dan hari-hari Rogation semasa musim bunga untuk merayu mendapatkan hasil tanaman yang baik, dan hari-hari Ember, iaitu masa untuk sembahyang dan puasa dalam setiap musim setahun. Terdapat juga puasa mingguan pada hari Rabu dan Jumaat, dan puasa sebelum meraikan upacara penting dalam kehidupan seseorang seperti baptism, upacara pentahbisan (untuk menjadi paderi), kemasukan dalam golongan kesatria (knighthood), dan sambutan Eucharist.
Kerana perkembangan yang pesat dalam pergerakan zahid pada abad pertama dan kedua, amalan puasa menjadi suatu cara penting untuk menanggalkan badan daripada ikatan amalan kebendaan dan keseronokan, lalu membolehkan individu mencapai darjat tinggi yang baik dan mendekatkan dengan roh suci. Pun begitu, para biarawan diberi amaran supaya menjauhkan berpuasa dengan melampau yang boleh memudaratkan badan dan roh.
Selain mengamalkan puasa 40 hari dalam tempoh Lent, mazhab Roman Katholik dan Ortodoks Timur berpuasa semasa Advent, iaitu suatu jangka masa untuk bertaubat sebelum Krismas. Di kalangan Roman Katholik amalan itu telah diubah sejak Kaunsel Vatican yang kedua (1962-65) untuk mengizinkan individu membuat pilihan yang lebih luas, dengan berpuasa wajib hanya pada hari Ash Wednesday dan Good Friday semasa Lent. Gereja Ortodoks Greek pula telah menghapuskan puasa yang tegar sementara gereja-gereja Protestant umumnya memberi pilihan kepada ahli masing-masing untuk membuat keputusan sendiri mengenai amalan puasa.
Kitab Hindu ada menyebut mengenai seorang wali zaman purba bernama Dadhichi yang berpuasa dan melakukan meditasi selama beberapa tahun. Dia melakukannya sambil duduk dengan tidak mengubah kedudukannya. Apabila dia dijumpai hanya tulangnya sahaja yang tinggal dan dia disaluti lumpur berbentuk seperti sebuah busut. Brahma, pencipta alam semesta, dan golongan Asura telah mengambil tulang-tulangnya lalu dibuat senjata daripadanya untuk melawan musuh mereka iaitu golongan Sura. Asura menang dalam peperangan ini.
Begitu tinggi sekali darjat diberi kepada Dadhichi yang berpuasa. Di India orang-orang Hindu yang dianggap suci (sadhu) dikagumi kerana mereka selalu berpuasa secara peribadi atas pelbagai sebab. Orang zahid Hindu dan Jain berpuasa ketika dalam haji dan semasa bersedia untuk perayaan-perayaan agama tertentu.
Sami Buddha dari mazhab Theravada berpuasa pada hari-hari suci (uposatha) pada setiap bulan sementara dalam agama orang Cina klasik, puasa diamalkan sebelum masa untuk mereka berkorban. Walaupun Buddha mengajar kesederhanaan dalam puasa, ramai sami Buddha lelaki dan perempuan berpegang teguh kepada adat makan hanya sekali sehari, dan mereka dikehendaki berpuasa pada hari bulan baru atau bulan penuh. Di kalangan penganut Buddha hari ini adalah lazim bagi mereka berpuasa dan membuat pengakuan atas dosa yang dilakukan sebanyak empat kali sebulan. Mereka percaya puasa adalah satu daripada 13 amalan yang membawa kepada kehidupan yang gembira di samping menjadi alat untuk menyucikan diri.
Dalam kepercayaan orang Yahudi, puasa adalah suatu jangka masa apabila seseorang menahan diri daripada makan dan tidur. Lazimnya ia bersangkutan dengan perbuatan menahan diri yang lain. Contoh dalam Bible termasuk Daniel yang tidak berurap (Daniel 10:3), dan keengganan (Nabi) Daud untuk menukar pakaian dan mandi semasa dia berpuasa (II Samuel 12:16-20).
Para rabai menyatakan bahawa puasa adalah jawapan kepada keperluan rohaniah dan membayangkan, dalam erti kata yang seluasnya, ia adalah suatu bentuk “penyeksaan kepada roh.” Maka puasa tertinggi pada Hari Penebusan (Yom Kippur) mengandungi segala bentuk larangan di samping menjadi hari untuk sembahyang, insaf dan menahan diri.
Adalah dipercayai bahawa hasil daripada semua sekatan ini dan rayuan yang dipohonkan adalah perasaan insaf dan taubat iaitu suatu proses yang mendekatkan diri dengan komitmen terhadap Tuhan.
Aspek kemanuisaan daripada amalan puasa tidak juga dikecualikan oleh ketua-ketua agama orang Yahudi: “Bukan! Berpuasa yang Kukehendaki, ialah supaya engkau membuka belenggu-belenggu kelaliman, dan melepaskan tali-tali kuk, supaya engkau memerdekakan orang yang teraniaya dan mematahkan setiap kuk, supaya engkau memecah-mecah rotimu bagi orang yang lapar dan membawa ke rumahmu orang miskin yang tak punya rumah, dan apabila engkau melihat orang telanjang, supaya engkau memberi dia pakaian dan tidak menyembunyikan diri terhadap saudaramu sendiri” (Yesaya 58:6-7).
Di samping taubat menjadi pendorong utama, terdapat 2 lagi fungsi puasa orang Yahudi. Pertama ialah tanggapan bahawa ia adalah “permintaan istimewa” atau rayuan, sama ada awam dan terbuka, atau peribadi. Yang lagi satu ialah sebagai tanda perkabungan untuk peristiwa yang menyedihkan dalam kehidupan peribadi atau dalam sejarah orang Yahudi.
Dari sudut lain, puasa digunakan sebagai persediaan untuk berhubung dengan alam yang lebih tinggi atau untuk menerima wahyu.
Puasa orang Yahudi seperti yang diketahui hari ini termasuk yang termaktub dalam Bible, puasa yang dikenakan oleh pendeta, dan puasa yang dibebankan sendiri oleh individu. Puasa daripada Bible ialah yang diamalkan pada Hari Penebusan, yang tujuannya adalah taubat, pada bulan Tisheri iaitu bulan yang pertama dalam kalendar Yahudi.
Puasa Ester adalah tipikal bagi puasa yang berkaitan dengan malapetaka. Ia dilakukan untuk memperingati puasa Ratu Ester sebelum rayuan yang dibuat kepada Raja Achashverosh untuk rakyatnya seperti yang dikisahkan dalam buku Ester (Bible).
Puasa ini masih diamalkan hingga ke hari ini, iaitu merupakan suatu contoh puasa yang ditetapkan oleh para pendeta. Contoh lagi ialah puasa Anak Pertama, yang dilakukan oleh anak lelaki pertama dalam keluarga Yahudi untuk memperingati mereka yang diselamatkan daripada penyakit hawar yang dikenakan ke atas orang Mesir semasa peristiwa Exodus. Sebagai tambahan, terdapat 4 jenis puasa yang berkaitan dengan kemusnahan Bait Suci (Temple) dan kesusahan utama yang lain yang dialami orang Yahudi.
Puasa peribadi termasuk bagi pasangan pada hari perkahwinan mereka, puasa selepas mimpi yang buruk, atau pada hari kematian saudara yang dekat di samping pada pusingan hari Isnin-Khamis-Isnin atau Behab yang dilakukan oleh orang alim selepas perayaan Pesach dan Sukkot.
Hampir kesemua jenis puasa bermula dari waktu fajar hingga waktu senja.
Di samping peranannya dalam agama, puasa digunakan manusia untuk melahirkan sesuatu pandangan terutamanya dalam protes atau perpaduan. Mahatma Gandhi telah menggunakan pendekatan ini dengan berpuasa dalam penjara untuk menebus keganasan yang melampau oleh pengikutnya yang tidak mengamalkan ajaran “ahimsa” (tanpa keganasan) menentang British di India. Dia kemudiannya selalu berpuasa untuk tujuan sosial dan politik yang lain.
Dick Gregory, seorang pelawak kulit hitam di Amerika tahun 60an, berpuasa yang bukan sahaja memprotes terhadap kehadiran askar Amerika di Asia Tenggara tetapi juga terhadap pencabulan hak asasi kaum dayak di Amerika.
Pada tahun 1981, 10 orang nasionalist mati di penjara Belfast semasa mogok lapar yang dilancarkan, termasuk Bobby Sands, seorang daripada ketua mereka, yang meninggal dunia setelah 66 hari dia “berpuasa”. Mereka mendesak supaya mereka diterima sebagai tahanan politik bukan sebagai penjenayah.
Ramai tokoh sejarah dan sains juga berpuasa. Socrates dan Plato berpuasa selama 10 hari untuk kesihatan mental dan fizikal. Pythagoras berpuasa selama 40 hari sebelum menduduki peperiksaan di Universiti Alexandria. Aristotle, Galen, Paracelsus, and Hippocrates turut berpuasa. Lama sebelum itu, Siddhartha Gautama atau Buddha telah mengamalkannya juga.
Ia seakan-akan sama dengan peristiwa penurunan kitab al-Quran yang berlaku pada bulan yang diwajibkan berpuasa. Firman-Nya: “Bulan Ramadan yang padanya al-Quran diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza. Maka hendaklah orang-orang antara kamu yang menyaksikan (hadir) pada bulan itu, berpuasa” (2:185).
Ayat itu merupakan juga ayat al-Quran yang pertama mengandungi perkataan “al-Quran”. Daripadanya difahamkan iaitu amalan puasa diwajibkan sempena kedatangan al-Quran untuk menjadi petunjuk wajib kepada manusia. Kitab itu adalah satu-satunya bukti bagi petunjuk yang benar di samping menjadi pembeza untuk mengenali yang benar dan yang palsu.
Maka berpuasalah umat Islam apabila bulan Ramadan bermula tanpa pergi ke pantai atau bukit untuk melihat anak bulannya. Ini ialah kerana manusia telah mendalami ilmu falak sehingga mampu mengira kejadian gerhana bulan atau matahari dengan tepat pada hari, waktu dan minitnya. Malah, Tuhan mahupun Rasul-Nya, tidak menyuruh melihat anak bulan.
Tuhan telah lama mengajar manusia ilmu ini seperti yang disebut dalam firman-Nya yang berbunyi
“Dia yang membuatkan matahari satu sinaran, dan bulan satu cahaya, dan menetapkan ia dengan pengkalan-pengkalan, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan …. Dia menjelaskan ayat-ayat bagi kaum yang mengetahui” (10:5).
Hasil daripada itu, orang Mesir telah mencipta kalendar pertama yang tepat pada kira-kira tahun 4200 S.M. dengan bilangan hari sebanyak 365 setahun. Orang Babylon (atau Babil di dalam al-Quran) pula telah menghasilkan kalendar “lunar” dengan 354 hari setahun yang diusahakan antara tahun 3000 dan 2000 S.M. Kedua-dua kalendar ini menetapkan 12 bulan bagi satu tahun. Firman-Nya,
“Bilangan bulan di sisi Allah ialah dua belas bulan dalam Kitab Allah pada hari Dia mencipta langit dan bumi” (9:36).
Tambahan pula dalam ayat 2:185 di atas perkataan “bulan” pada frasa “menyaksikan pada bulan itu” bukan bermaksud “moon” tetapi “month” dalam bahasa Inggeris. Maka amalan melihat anak bulan Ramadan atau Syawal adalah hanya suatu pembaziran rekaan para ulama.
Masa berpuasa ditetapkan dengan arahan Allah berbunyi,
“Dan makan dan minumlah, sehingga benang putih menjadi jelas bagi kamu daripada benang hitam, pada fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sampai malam” (2:187).
Maka umat Islam berpuasa dari permulaan waktu fajar hingga masuk waktu malam. Akan tetapi mereka yang menuruti ajaran ulama berpuasa dari waktu subuh hingga ke waktu maghrib. Kedua-dua waktu ini dengan sebutan namanya saja menunjukkan kelainan dengan waktu fajar dan malam seperti yang diajar oleh Tuhan.
Waktu subuh adalah waktu sebelum fajar, sementara waktu maghrib pula adalah waktu sebelum malam. Perkataan malam adalah “lail” dalam bahasa Arab. Dalam konteks al-Quran, waktu malam adalah waktu gelap iaitu waktu yang tiada lagi cahaya siang.
Perkataan subuh dan fajar ada kaitan dengan amalan solat. Daripada al-Quran, dan hadis, disebut dengan jelas nama “solatil fajri”, atau solat fajar, bukan “solatil subhi”, atau solat subuh, seperti yang diajar ulama. Justeru umat yang menuruti petunjuk al-Quran memulakan puasa, setelah masuk waktu fajar, dengan solat fajar dan mengakhirkannya dengan solat "maghrib". Selepas solat, apabila gelap, mereka berbuka puasa.
Dengan itu, puasa bermula pada kira-kira pukul 6.30 pagi dan berakhir kira-kira setengah jam selepas masuk waktu "maghrib".
Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum (2:187). Larangan tambahan seperti mengorek hidung atau telinga yang dikatakan boleh membatalkan pahala puasa tidak dinyatakan di dalam al-Quran kerana tiada kaitan dengan makan dan minum, atau bercakap bohong dan sebagainya yang tidak seharusnya dijauhkan semasa dalam puasa sahaja. Lantas, puasa menurut ajaran Tuhan bebas daripada belenggu yang dikenakan oleh ulama.
Bercampur dengan isteri turut dilarang tetapi diharuskan pada waktu malam. Sebelum al-Quran turun ia dilarang sama sekali sepanjang musim puasa. Firman-Nya:
“Dihalalkan bagi kamu, pada malam puasa, bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagi kamu, dan kamu, pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri-diri kamu sendiri, dan menerima taubat kamu, dan memaafkan kamu. Maka sekarang campurilah mereka ….. dan janganlah mencampuri mereka sedang kamu bertekun (iktikaf) di masjid” (2:187).
Hanya orang yang sakit atau dalam perjalanan sahaja dikecualikan daripada berpuasa (2:184 dan 2:185). Orang yang meninggalkan puasa dikehendaki berpuasa pada hari atau hari-hari lain untuk mencukupkan bilangan hari. Bilangan hari untuk sebulan dalam kalendar lunar ialah dua puluh sembilan atau tiga puluh.
Sekiranya dia tidak mampu berpuasa pada hari-hari lain maka dia hendaklah menuruti ketetapan daripada Allah yang berbunyi,
“Dan jika sesiapa antara kamu sakit, atau jika dia dalam perjalanan, maka sebilangan daripada hari-hari yang lain; dan bagi orang-orang yang tidak boleh, ditebus dengan memberi makan seorang miskin, tetapi lebih baik baginya, yang membuat kebaikan dengan sukarela, bahawa kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui” (2:184).
Allah menegaskan iaitu berpuasa adalah lebih baik daripada memberi makan kepada orang miskin untuk orang yang tidak cukup bilangan hari puasanya. Ini ialah kerana kebaikan yang tidak diketahui. Hanya yang diketahui dengan nyata mengenai kelebihan berpuasa adalah daripada dapatan ahli filasafah, sains dan doktor. Pada pendapat ramai daripada mereka, puasa adalah penting dalam kehidupan, kesihatan dan proses penyembuhan yang diperlukan untuk mewujudkan semula kesihatan yang baik apabila dihinggap penyakit.
Puasa adalah satu-satunya terapi pemulihahan yang semula jadi. Ia adalah unsur alam yang purba lagi sejagat sebagai “ubat” untuk banyak masalah. Seperti haiwan dengan tingkah laku kenaluriannya berpuasa apabila jatuh sakit. Ikan salmon perak berpuasa berminggu-minggu lamanya ketika berenang ke hulu sungai yang jaraknya beratus batu untuk bertelur. Ratu semut tidak makan apa-apa sehingga telurnya menetas. Banyak jenis serangga dan haiwan berpuasa dalam hibernasi.
Hippocrates, bapa perubatan, mensyorkan puasa kepada ramai pesakitnya. Katanya, “Apabila kamu memberi makan kepada orang yang sakit, kamu memberi makan kepada penyakit. Sebaliknya pula, jika kamu menahan makanan, penyakit itu akan menyurut.”
Penyakit seperti akne dan ekzema, tinitus (bunyi dalam telinga yang kronik), gayat, fibromialgia, glaukoma, displasia serviks, sakit leher dan pinggang yang kronik, polimialgia reumatika, dan banyak yang lain boleh dibantu dengan puasa dalam proses pemulihannya. Kepekakan pun dapat dipulihkan dengan berpuasa menurut suatu laporan doktor yang disedarinya ketika merawat penyakit lain.
Tanda-tanda ketagihan (withdrawal symptoms) dalam penagihan dadah seperti alkohol, kokaina, nokotina dan kafeina dapat dihilangkan dengan cepat semasa pesakit berpuasa.
Puasa dikatakan juga boleh memberi manfaat kepada keadaan kesihatan seperti demam selesema, aterosklerosis, flu, penyakit arteri koronari, bronkitis, angina pektoris, pening atau sakit kepala, hipertensi, sembelit, diabetes atau kencing manis, ketakcernaan, demam, cirit-birit, alahan alam persekitaran, penyakit lelah, gemuk, insomnia, kanser, sakit kulit, dan epilepsi.
Amalan itu juga didapati berkesan dalam beberapa kes keletihan terutamanya apabila ia disebabkan oleh kongesi organ dan tenaga, dan kepada ramai pesakit mental, dari kerisauan ke skizofrenia. Kesemua ini adalah hanya beberapa kelebihan dalam amalan puasa yang dapat dikesan.
Allah, di dalam Kitab petunjuk-Nya, tidak menyebut mengenai bentuk ganjaran atau pahala bagi orang yang berpuasa. Dia hanya menyebut upah yang besar. Firman-Nya,
“Lelaki yang muslim dan perempuan yang muslim, dan lelaki yang mukmin dan perempuan yang mukmin, dan lelaki yang patuh dan perempuan yang patuh, dan lelaki yang benar dan perempuan yang benar, dan lelaki yang sabar dan perempuan yang sabar, dan lelaki yang merendah hati dan perempuan yang merendah hati, dan lelaki yang bersedekah dan perempuan yang bersedekah, dan lelaki yang berpuasa dan perempuan yang berpuasa, dan lelaki yang menjaga kemaluan mereka dan perempuan yang menjaga, dan lelaki yang mengingat Allah dengan banyak dan perempuan yang mengingat - bagi mereka, Allah menyediakan keampunan dan upah yang besar” (33:35).
Tidak juga disebut oleh Allah mengenai puasa sunat yang begitu banyak dianjurkan oleh para ulama. Selain bulan Ramadan, yang ditetapkan Allah, mereka menganjur puasa sunat pada bulan Rejab, Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah kecuali pada Hari Raya Haji dan Hari Tasyrik. Tambahan seperti ini mirip kepada perbuatan paderi atau rabai agama Kristian atau Yahudi.
Contoh puasa sunat rekaan ulama adalah “puasa enam” pada bulan Syawal, hari Asyura, hari Isnin dan Khamis, puasa al Bidh (puasa bulan putih) pada tarikh 13,14, dan 15 setiap bulan, Nispu Syaaban, dan tiga hari berturut-turut pada setiap bulan dengan bulan pertama dimulai pada hari Sabtu, Ahad dan Isnin, dan bulan kedua dari hari Selasa, Rabu dan Khamis. Kemudian bulan ketiga mulai semula seperti bulan pertama dan seterusnya.
Antara ganjaran pahala yang dijanjikan para ulama (yang tidak dijanjikan Allah di dalam al-Quran) untuk puasa sunat adalah pahala puasa setahun bagi puasa enam, pahala puasa selama-lamanya bagi puasa al Bidh, dan pahala puasa sebulan bagi puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya.
Pahala puasa bulan Rejab banyak disebut. Contohnya ialah puasa 3 hari pada bulan itu akan diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila, fitnah syaitan dan dajjal, dan 15 hari, Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan. Ada pula ajaran lain yang menyatakan puasa 15 hari itu seperti puasa 100,000 tahun, dan 13 hari seperti puasa 3,000 tahun, dan 14 hari seperti puasa 10,000 tahun.
Dikatakan juga puasa sehari pada bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus) sementara pendapat lain yang menyatakan puasa sehari adalah seperti mengerjakan ibadat seumurnya. Puasa 10 hari pada bulan Rejab dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titi Sirotolmustaqim pada hari Qiamat. Ini semua adalah hanya janji ulama yang tidak bersekutu dengan Allah dalam kerajaan-Nya. Namun janji-janji seperti inilah yang membuat mereka dikasihi oleh ramai orang Melayu.
Kesemua ajaran dan janji ulama dalam puasa bulan Ramadan dan puasa sunat yang tidak disebut di dalam al-Quran didapati tidak juga diajar oleh Rasul-Nya. Firman-Nya: “Sekiranya dia (Muhammad) mengada-adakan terhadap Kami sebarang ucapan, tentu Kami mengambilnya dengan tangan kanan, kemudian pasti Kami memotong urat jantungnya, dan tiadalah seseorang daripada kamu yang dapat menghalangi dia. Sesungguhnya ia (al-Quran) adalah Peringatan bagi orang-orang yang bertakwa (takut kepada Tuhan), tetapi Kami mengetahui bahawa antara kamu ada yang mendustakan. Sesungguhnya ia (al-Quran) adalah satu penyesalan bagi orang-orang yang tidak percaya, dan sesungguhnya ia adalah yang benar yang diyakini, maka sanjunglah nama Pemelihara kamu, Yang Agung” (69:44-52).

Subscribe to:
Posts (Atom)
Follow Us
Were this world an endless plain, and by sailing eastward we could for ever reach new distances